Sunday, August 1, 2010

Sarapan Minda buat semua....

Mari kita hayati sejenak...kita sebagai manusia sudah pastinya pernah melakukan kesilapan..katakan kita pernah melakukan kesilapan terhadap 10 org..kita telah sedar dan ingin meminta maaf kepada kesemua 10 org itu...dalam banyak 10 org itu ada berapa orgkah yang sanggup memaafkan kita?
mungkin kita bernasib baik ada 7 org drp 10 org yang sanggup memaafkan kita....

Namun dalam 7 org itu ada berapa orgkah yg sanggup melupakan kesilapan kita?..ramai yang mengatakan dia sudah memaafkan kita namun sukar utk melupakannya....katakan kalau kita bernasib baik hanya 3 drp 7 org yg betul2 sanggup melupakan kesilapan kita...

Kemudian dalam 3 org itu adakah mereka sudi memberi hadiah kepada kita? memaafkan+melupakan+memberi hadiah= berapa org drp 3? katakanlah kita masih bernasib baik kerana ada seorang yg sudi memberi hadiah kepada kita :

*memaafkan+melupakan+memberi hadiah= seorang drp 3 org...baiknya dia...

Namun drp seorang yang betul2 baik terhadap kita... drp seorang itu adakah dia boleh menyayangi kita iaitu yang sanggup kesemuanya:

*memaafkan+melupakan+memberi hadiah+menyayangi= berapa org?

Adakah yg seorang itu sudi melakukannya terhadap kita yang telah melakukan kesilapan terhadapnya?????

MUNGKIN TIADA....

Tetapi Allah S.W.T sangat baik terhadap kita manusia...DIA sanggup:

*MEMAAFKAN+MELUPAKAN+MEMBERI HADIAH DAN MENYAYANGI

kita manusia walaupun kita telah melakukan kesilapan terhadapNYA....Dia tidak pernah berdendam terhadap kita..malah Dia sanggup memaafkan setiap kesilapan kita, melupakannya, dan memberi hadiah iaitu memberi kita nikmat dunia dan syurga jika kita betul2 telah bertaubat dan bertakwa kepadanya....bukan itu sahaja..Allah S.W.T juga menyayangi kita tidak seperti org lain kerana Dia sentiasa bersama kita walaupun kita pernah melakukan kesilapan....

*OLEH ITU JANGANLAH KITA LUPA TERHADAP ALLAH S.W.T YANG SANGAT BAIK INI...WALLAHUALAM....

Monday, July 5, 2010

Sayangi diri

Jangan mengharap kasih pada orang....tiada yang akan menghargai dirimu selain dirimu sendiri....jangan mempersiakan waktu dengan mengharapkan kasih yang tidak pasti....Sebelum hadirnya kasih dari manusia, kita perlu mengasihi diri kita sendiri, kerana diri ini juga kurniaan Tuhan dan amanah tuhan....anda adalah anda pilih....tetapi kasih pada Allah dan Rasul tidak akan rugi....sebaliknya menagih kasih dari sesama manusia kita mungkin akan kecewa....

Aku mula menghargai diri setelah kian lama berkorban dan tidak menghiraukan diriku....aku ibarat lilin yang membakar diri demi orang lain....bukan siapa, pada keluargaku sendiri...namun aku lupa...diri aku sendiri juga perlu dijaga dan disayangi.....kerana tidak pasti cahaya yang selama ini aku berikan akan membantu menyuluh cahaya untukku....tika dan saat ini aku perlu menghargai diriku sendiri dan menyayangi diriku sendiri....jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.....mungkin tiada siapa yang boleh membantuku.....Ya Allah, terima kasih kerana aku masih diberi kesempatan kesihatan yang baik.....kesihatan ,merupakan anugerah yang amat berharga dariMu.....terima kasih atas kurniaan dan kasih sayang yang engkau berikan.....

Akanku gagahi diri menjalani ujian yang engkau berikan....kerana aku yakin itulah tanda kasih dariMu.....semoga aku tabah dan akan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang engkau berikan....sesungguhnya engkaulah kekasihku sejati....kini aku sedar....cinta, kasih dan sayang, perlu lahir dari diri sendiri......setelah kita mengasihi diri sendiri barulah kita ikhlas mengasihi orang lain.....jangan mengorbankan diri semata-mata untuk orang lain......bantulah mengikut kemampuanmu.....InsyAllah pasti ada ruang untuk dirimu....mulai hari ini aku ingin belajar mengasihi diriku...dan berkorban untuk diriku sendiri.....bukan bermakna aku mementingkan diri...tetapi belajar untuk mengasihi diri....aku sayangi diriku.....

Wednesday, April 7, 2010

Ahamdulillah....

dah lama x update blog ni...Alhamdulillah dpt juga aku beli umah tu....setelah banyak cabarannya...terima kasih ya Allah diatas rezki yg kau berikan....cuma sekarang aku bz menguruskan perkara2 spt peguam+api+air and renovation skit2....huhu wat perlahan2...mudah2an Allah permudahkannya....

Wednesday, February 3, 2010

why its hard to forget....

why its very hard for us to forget something happen in our life...why?? i should remove every bad memories in my mind...i should creat new album with happy pictures and smile...be strong and always be positive in this life...just let others which not appriciate this sacrifice...i sholud happy coz Allah with us everytime and every second of this breath....Alhamdulillah...i will be as i will be..."the greatest pleasure in ur life is doing thing that people said u cannot do"....wake up and be strong always...i know i can do it....just be ur self and excellent with what u r doing...

Friday, January 15, 2010

Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.....

Aku bersedih dan menangis kerana kekhilafan aku sendiri… Kenapa begitu sukar menerima teguran orang lain terhadap kesalahan diri sendiri? Jiwaku semakin sensitif, mungkin kerna usia semakin meninggi, dan tidak sekebal dahulu, tika sengsara duri berliku. Aku sememangnya manusia lemah yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Akan tetapi apabila kita melakukan kesilapan terhadap manusia sememangnya pedih dan sakit kerana mereka juga manusia dan tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan tidak dapat menerima kesalahan orang lain dengan mudah. Susun bicara sudah pasti tidak sehebat Rasullullah. Pedih bila seakan dimarahi, seakan dimalukan kerana kesilapan diri sendiri. Ini adalah kesan kesalahan terhadap manusia!!! Ya Allah, belum lagi kesan kesalahan terhadapMu….maafkanlah aku sahabat!!! Ampunilah aku ya Allah!!!Terasa sedih dan terlintas diminda, mengapalah aku melakukan kesilapan ini? Jika boleh diputarkan waktu dan tahu akan akibatnya terhadap kesilapan itu, sudah pasti aku tidak akan melakukannya…Pemikiran dan tanggapan kita sesama manusia tidak akan sama. Mungkin bagi kita, sesuatu perkara itu adalah kecil dan boleh diterima tetapi tidak bagi orang lain. Aku redha dan aku sedar kesilapan aku. Aku telah mendapat pengajaran dan semakin berfikiran positif dan matang dalam menangani masalah dan menghadapi sebarang situasi. Aku seharusnya bijak dalam membuat keputusan kerana, walaupun aku sibuk dan berada dalam situasi yang tidak selesa sewaktu kejadian, itu tidak sepatutnya menjadi alasan kerana keputusan yang tidak tepat akan memberi impak yang mendalam. Sesungguhnya aku tidak peka dan lalai terhadap sesuatu adab dan etika yang amat penting nilainya terhadap manusia. Ini adalah kesilapan aku, dan aku akan lebih berhati-hati dengan keadaan disekeliling aku. Ya Allah, ini adalah peringatan darimu, dan aku tidak akan mengulangi kesilapan ini. Berikanlah aku petunjukMu agar aku menjadi hamba yang lebih dirahmati dan diberkati. Terima kasih atas kesilapan ini kerana aku yakin pasti ada hikmahnya. Syukur aku masih dibawah lembayungMu, perhebatkanlah batinku agar dapat mengharungi penghidupan ini…amin….

Monday, January 4, 2010

Azam aku tahun 2010

  • Perbaiki diri dari semua sudut....inside and outside....zahiriah and rohaniah
  • Cuba untuk tidak bersedih lagi....cari kekuatan diri, untuk lebih maju....
  • Kepastian dari segi kerjaya...apa yang aku cari-cari...mana yang terbaik untuk aku dan keluarga aku akan dtg...peluang didepan mata atau diluar sana.....hm...berilah petunjukmu ya Allah....nak merajuk pun x guna gak....huhu
  • Harap dapat mengurangi kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan yang sama....
  • Pengajaran mengenai teman-teman seperjuangan....jgn terlalu percaya atau terlalu berlembut....kadang-kadang terpaksa pentingkan diri sendiri kerana once, kita berlembut terasa org pijak kepala lak....hm...leh ker mcm tuh....aku!...kena keras sikit....huhu
  • Fulus....huahua...duit2 dimana kau duit...cuba cari jln paling sesuai untuk aku dptkan side income...yg tidak perlu memaksa org lain....amin...
  • Kena menabung untuk diri sendiri....sebelum nih habis diperabih untuk org lain..tapi aku redha..rezki tuh bukan untuk aku sorang jer, so kena la bantu membantu...tapi kena gak untuk diri sendiri....hm...so...caiyok...menabung ek....
* edisi akan bersambung kemudian....

Saturday, January 2, 2010

selamat datang 2010....

Dua hari berlalu, tirai 2010 telah terbuka....Semoga kekuatan dan ketabahan diri makin teguh untuk menghadapi ujianMu ya-Allah....jadual harianku pasti akan lebih sibuk lagi dengan bukanya semester baru ini....terdapat pelbagai perkara yang bermain dimindaku....yang pasti segalanya tidak akan datang dengan mudah....aku redha, dan sabar dalam melalui liku-liku kehidupan ini....aku berazam agar kehidupanku akan lebih baik dari sebelumnya.....semoger Allah meretui dan lorongkan aku jalan yang paling baik untuk kerjaya dan kehidupanku didunia dan akhirat.....ya Allah permudahkanlah....amin.....

Monday, December 21, 2009

Tragedi Disember

Tirai 2009 kian melabuh...jendela awal muharam membuka cahaya....kuharap tragedi lalu tidak akan berulang dan sinar bahagia mendatang jua....selamat tinggal 2009....selamat datang 2010....aku harap transformasi akan bermula....hm..kenapa ye kita susah menerima kenyataan??begitu sukar untuk melupakan sesuatu yang berlaku...ada org kata jgn pandang belakang!!!....bukan citer hantu jer...tapi untuk kehidupan yang akan datang....kadang2 kita ni hidup bukan untuk diri kita sendiri, tetapi untuk org disekeliling kita....perlukah macam tuh??apa yang kita perlu buat jika berada ditengah2 persimpangan???nak ke kiri x boleh nak ke kanan x boleh....serba salah dibuatnya....nak saja aku ikut jalan belakang atau ke depan...hm...ntah la...apa yang penting sekarang aku perlukan transformasi menjelang 2010....insyallah....

Tuesday, December 15, 2009

oh dunia ini...

Oh dunia ini...penuh dengan ujian...oh mungkinkah tiada kebahagiaan....Perjalanan ini, sudah tertulis..kutempuhi dengan kesabaran..kusedar kebesaranmu..Tuhan....

Sebaris lagu aishah yg telah diubahsuai...

Friday, December 11, 2009

Tak termampu aku....

Ku sangka siang cerah selalu..namun gelap tidak berbintang...ku sangka bahagia menanti...namun sukar ditemui...terkunci kata tiada ungkapan...terkunci bicara terdapat rahsia....kekurangan diri, kedaifan keluarga, tidak layak baginya....dikau takkan mengerti apa tersirat dihati...kerna hidupku tak pernah kering derita....

Monday, December 7, 2009

Pantun pesanan...

Pandai sungguh tuan berpesan
Berpesan dengan ajaran Islam
Semoga nasihat memberi kesan
Timbul cahata hilanglah kelam

Buah remenia bawa ke huma
Untuk dimakan sambil menjerat
Hidup di dunia tidaklah lama
Patut amalkan bekal akhirat

Dari Jawa ke Bangkahulu
Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
Kawan menangis seorang diri

Daun terap di atas dulang
Anak udang mati dituba
Dalam kitab ada terlarang
Perbuatan haram jangan dicuba

Dayung perahu tuju haluan
Membawa rokok bersama rempah
Kalau ilmu tidak diamalkan
Ibarat pokok tidak berbuah


siti fatimah ahmad

Di sebalik senyuman...

Dari Jabir ra., ia berkata, "Sejak aku masuk
Islam, Rasulullah saw tidak pernah menghindar dariku. Dan beliau tidak
melihatku kecuali beliau pasti tersenyum kepadaku."
(HR. Bukhari dan Muslim)

Tidak salah memang jika Aisya ra. menggambarkan bahwa akhlak Nabi Muhammad
saw adalah Al Quran. Bahkan dengan perlakuan kasar dari orang-orang
yang hendak ia selamatkan dari murka Allah swt pun beliau senantiasa
menunjukkan kesabaran dan keikhlasannya, dengan senyum yang senantiasa
menghiasai bibirnya yang selalu terisi oleh kata-kata mulia.

Ketika Aisyah RA ditanya tentang akhlak Nabi Muhammad saw, ia menjawab: “Akhlaknya adalah Al Quran.” (HR,.Ahmad dan Muslim)

Marilah
sejenak kita perhatikan kisah berikut yang menunjukkan betapa Nabi
Muhammad saw tak pernah lelah atau pun enggan untuk tersenyum.

Anas bin Malik bertutur: “Suatu
hari aku berjalan bersama Rasulullah saw, saat itu beliau memakai
selimut dari daerah Najran yang ujungnya sangat kasar. Tiba-tiba ia
ditemui seorang Arab dusun. Tanpa basa basi, laki-laki dusun itu
langsung menarik selimut kasar Rasulullah saw itu keras-keras sehingga
aku melihat bekas merah di pundak Rasulullah saw.

Laki-laki
dusun tersebut berkata, ‘Suruh orang-orangmu untuk memberikan harta
Allah kepadaku yang kau miliki sekarang.’ Rasulullah saw lalu berpaling
kepada laki-laki tadi. Sambil tersenyum, beliau bersabda, ‘Berilah
laki-laki ini makanan apa saja’.”
(HR Bukhari)

Lihatlah
betapa Nabi Muhammad senantiasa menebarkan senyumnya dalam setiap
perjalanan dakwah beliau. Dan dengan senyum itulah, tak terhitung sudah
hati yang tersentuh olehnya. Tak terhitung sudah kesombongan yang telah
luluh karenanya. Tak terhitung sudah jiwa yang senantiasa merindukannya.

Dengan
senyum hangatnya itulah Nabi Muhammad saw telah banyak menyentuh hati
para sahabat, isteri-isteri, dan para pengikutnya. Dan dengan senyum
itu pulalah dakwah beliau terus merangsek ke setiap jengkal bumi Allah
swt.

Bahkan mengenai senyum ini Nabi Muhammad saw telah bersabda, "Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah." Hadits Riwayat At Tirmidzi dalam sahihnya.

Demikian
Nabi Muhammad saw telah menggambarkan kepada kita mengenai arti
pentingnya senyum dalam kehidupan manusia. Dan sebagai umatnya, kenapa
kita tidak berusaha untuk mengikuti jejak beliau yang satu ini?
Menjalani kehidupan ini dengan selalu tersenyum. Dan berjuang dalam
dakwah Islam inipun tanpa melupakan senyum.

Hiasi perjuangan
dakwah Islam kita dengan senyum yang hangat, karena senyum itulah yang
pertama kali akan menyentuh hati saudara-saudara kita. Hilangkan
kekarasan dan wajah masam dari dakwah kita yang justru akhirnya akan
membuat mereka lari dari ajakan kita, dan bahkan membenci kita.

Mari, kita menjaring umat dengan senyum yang senantiasa tersemat!

“Dan sesunguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berbudi pekerti yang agung." (QS. Al Qalam: 4)

Wallahua’lam

Thursday, December 3, 2009

Kau yang Esa....

Mencari Cinta

Artist: Saujana
Song Category: Nasyid

Bertemu cinta teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Kandil cintaNya menerangi jiwa

Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit di lembah terhina
Hidup yang perit mengajarku mencari cinta

Oh! Kusangka teguh
Kiranya masih rapuh
Kusangka mudah namun amat payah
Kusedar semua pasti ada akhirnya
Moga akhirku diselimut cinta

Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi

Cinta agung-Nya

Sekian lama diri terbiar kehidupan terabai
Ooh! Akhirnya aku temui kedamaian abadi

Wednesday, December 2, 2009

MAAF.....

Maafkan Daku

Artist: Aziz Ahmad
Artist: Caffeine
Album: Hijau

jika lama kau diam
tak terucapkan kata
habiskan waktu

esok haruskah diam
seharusnya kau bicara
tak ada kata terlepas

hari terus berganti
hari takkan ada lagi
biarkan ini

walau hanya menangis
saat salah kuucap
kata yang membuat kau terluka hati

maafkan aku selama ini
dan haruskah ku menangis
di hadapanmu, di pelukanmu
haruskah ku pergi jauh
tinggalkan dirimu
maafkan aku,

walau tiada maaf untukku

Tak tercapai akalku....

Kadang-kadang pengungkapan kata bisa tersalah tafsir oleh minda manusia...kerana setiap manusia mempunyai pandangan dan lidah untuk berkata-kata....terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata....???pengungkap dan yang diungkap pasti adanya yang terluka....kekhilafan ini bisa merosak jiwa sekiranya tiada yang cuba merubah perahunya....sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula Adam dan Hawa...cubalah mengerti perbedaan ini agar sama-sama memahami....

Sunday, November 29, 2009

Penantian Bahgia

Hm..nampaknya ibuku semakin terkawal emosi...Alhamdulillah...aku hanya harap dia bahagia..walaupun bantu ku hanyalah sedikit berbanding pengorbanan dirinya....semoger penantian bahagia pula menanti diriku dan dirinya...amin...

Friday, November 27, 2009

korban oh korban

Korban oh korban!!!...hm bg aku korban ni mcm2..setiap org lain korbannya...sepanjang tahun 2009 ni..banyak pengorbanan...korban duit, korban tenaga, korban cinta, korban jiwa...cuma x korban maruah jer...raya korban kali ni..ntah la...mcm2 terjadi...kdg2 terasa ingin pergi jauh..tapi x boleh...kena hadapi...aku perlu berusaha, kerja keras dan cari peluang....nak dicerita x boleh..kena telan pahit..diluah x boleh...aduh..bengong kepala nih....tuhan je la paham apa yang aku hadapi....aku rasa bersalah, sedih, marah, benci, rindu, keliru..hm..jiwa kacau tul...cuma yg pasti aku sekarang kena kuat tuk cari jln mencari peluang tuk dptkan perkara yg penting didunia ni...kalau dia x der semua derita....aku kena kuat bekerja....aku kena korbankan kepentingan diriku...aku x sempat pikirkan diriku....aku terpaksa.....kuatkanlah aku ya Allah...mudahkanlah jlnnya supaya aku dpt membantu keluargaku....inilah pengorbanan ku....

Wednesday, November 11, 2009

Watashiwa jue chan....


Salam...ha arini aku nak citer pasal opismate aku..sekarang demam kelas bahasa jepun or adik beradik Nihongo Club.....al maklum la..going to be Malaysia Japan Institute...so, kena la terer bahasa jepun...nyaris2 kami berempat dr Unit Peng. Am ni gi kursus bahasa jepun di U.M..aku excited gak coz, tak ler orang2 disini...especially geng2 J...bangga dgn bahasa jepun dorang...haha...belum lagi kami belajar..kalau x..ternganga la dorang sumer..huhu bukan berlagak tapi tu quoatation dr member2 aku nih huhu...

one of my friend said..."watashiwa wan chan"...ha ha aku ingat kedai emas "Wah Chan" daa...hehe jangan marah wan...lagi satu..jue nama aku pun ada rupanya..means..sepuluh..haha so, kalau angka 17 disebut sebagai "jue nana"...nasib baik bukan jue nam..ahaks.....anyway guys x kering gusi aku dgn kalian semua...terubat gak la gelora di hati...

Tgok gelagat ustaz yang lok lak, huhu jgn mare...lawak apa ustaz Somad tuh..dah jadi Abby dah buat muiz anak tercinta...tgok gelagat raud dan tok wan yg selalu bertekak...hehe dgn wani yg comei...illa and hana sensei...ibu buyong anis..hehe semua melucukan...ha lagi satu iqbal yg blurr...iqbal! jgn pikir banyak sgt nnti pecah sunglass tuh...orait ini saja buat kali nih...aku pun sambil2 wat keje ni menyampuk2 gak la nihongo club tuh..yg aku suka sebut..."sumimasen"..means maaf sy x tahu...huhu..ok bye..adiious..mata ashita'...

Saturday, November 7, 2009

aku....

Tiada apa yang nak tulis....blurr...but hope masa akan datang bertambah baik...amin