Friday, January 15, 2010

Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.....

Aku bersedih dan menangis kerana kekhilafan aku sendiri… Kenapa begitu sukar menerima teguran orang lain terhadap kesalahan diri sendiri? Jiwaku semakin sensitif, mungkin kerna usia semakin meninggi, dan tidak sekebal dahulu, tika sengsara duri berliku. Aku sememangnya manusia lemah yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Akan tetapi apabila kita melakukan kesilapan terhadap manusia sememangnya pedih dan sakit kerana mereka juga manusia dan tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan tidak dapat menerima kesalahan orang lain dengan mudah. Susun bicara sudah pasti tidak sehebat Rasullullah. Pedih bila seakan dimarahi, seakan dimalukan kerana kesilapan diri sendiri. Ini adalah kesan kesalahan terhadap manusia!!! Ya Allah, belum lagi kesan kesalahan terhadapMu….maafkanlah aku sahabat!!! Ampunilah aku ya Allah!!!Terasa sedih dan terlintas diminda, mengapalah aku melakukan kesilapan ini? Jika boleh diputarkan waktu dan tahu akan akibatnya terhadap kesilapan itu, sudah pasti aku tidak akan melakukannya…Pemikiran dan tanggapan kita sesama manusia tidak akan sama. Mungkin bagi kita, sesuatu perkara itu adalah kecil dan boleh diterima tetapi tidak bagi orang lain. Aku redha dan aku sedar kesilapan aku. Aku telah mendapat pengajaran dan semakin berfikiran positif dan matang dalam menangani masalah dan menghadapi sebarang situasi. Aku seharusnya bijak dalam membuat keputusan kerana, walaupun aku sibuk dan berada dalam situasi yang tidak selesa sewaktu kejadian, itu tidak sepatutnya menjadi alasan kerana keputusan yang tidak tepat akan memberi impak yang mendalam. Sesungguhnya aku tidak peka dan lalai terhadap sesuatu adab dan etika yang amat penting nilainya terhadap manusia. Ini adalah kesilapan aku, dan aku akan lebih berhati-hati dengan keadaan disekeliling aku. Ya Allah, ini adalah peringatan darimu, dan aku tidak akan mengulangi kesilapan ini. Berikanlah aku petunjukMu agar aku menjadi hamba yang lebih dirahmati dan diberkati. Terima kasih atas kesilapan ini kerana aku yakin pasti ada hikmahnya. Syukur aku masih dibawah lembayungMu, perhebatkanlah batinku agar dapat mengharungi penghidupan ini…amin….

1 comment:

  1. sememangnya....kebaikan yang banyak tidak diingati manusia, tetapi kesilapan yang sedikit itulah yang menjadi ingatan sampai bila-bila.....kesilapan ini banyak memberi aku pengajaran.....ini kehidupan dunia....kesilapan memamg mudah dilihat...tetapi kebaikkan sungguh mudah untuk dilupakan.....

    ReplyDelete