Friday, January 15, 2010

Setiap yang berlaku, pasti ada hikmahnya.....

Aku bersedih dan menangis kerana kekhilafan aku sendiri… Kenapa begitu sukar menerima teguran orang lain terhadap kesalahan diri sendiri? Jiwaku semakin sensitif, mungkin kerna usia semakin meninggi, dan tidak sekebal dahulu, tika sengsara duri berliku. Aku sememangnya manusia lemah yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan. Akan tetapi apabila kita melakukan kesilapan terhadap manusia sememangnya pedih dan sakit kerana mereka juga manusia dan tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan tidak dapat menerima kesalahan orang lain dengan mudah. Susun bicara sudah pasti tidak sehebat Rasullullah. Pedih bila seakan dimarahi, seakan dimalukan kerana kesilapan diri sendiri. Ini adalah kesan kesalahan terhadap manusia!!! Ya Allah, belum lagi kesan kesalahan terhadapMu….maafkanlah aku sahabat!!! Ampunilah aku ya Allah!!!Terasa sedih dan terlintas diminda, mengapalah aku melakukan kesilapan ini? Jika boleh diputarkan waktu dan tahu akan akibatnya terhadap kesilapan itu, sudah pasti aku tidak akan melakukannya…Pemikiran dan tanggapan kita sesama manusia tidak akan sama. Mungkin bagi kita, sesuatu perkara itu adalah kecil dan boleh diterima tetapi tidak bagi orang lain. Aku redha dan aku sedar kesilapan aku. Aku telah mendapat pengajaran dan semakin berfikiran positif dan matang dalam menangani masalah dan menghadapi sebarang situasi. Aku seharusnya bijak dalam membuat keputusan kerana, walaupun aku sibuk dan berada dalam situasi yang tidak selesa sewaktu kejadian, itu tidak sepatutnya menjadi alasan kerana keputusan yang tidak tepat akan memberi impak yang mendalam. Sesungguhnya aku tidak peka dan lalai terhadap sesuatu adab dan etika yang amat penting nilainya terhadap manusia. Ini adalah kesilapan aku, dan aku akan lebih berhati-hati dengan keadaan disekeliling aku. Ya Allah, ini adalah peringatan darimu, dan aku tidak akan mengulangi kesilapan ini. Berikanlah aku petunjukMu agar aku menjadi hamba yang lebih dirahmati dan diberkati. Terima kasih atas kesilapan ini kerana aku yakin pasti ada hikmahnya. Syukur aku masih dibawah lembayungMu, perhebatkanlah batinku agar dapat mengharungi penghidupan ini…amin….

Monday, January 4, 2010

Azam aku tahun 2010

  • Perbaiki diri dari semua sudut....inside and outside....zahiriah and rohaniah
  • Cuba untuk tidak bersedih lagi....cari kekuatan diri, untuk lebih maju....
  • Kepastian dari segi kerjaya...apa yang aku cari-cari...mana yang terbaik untuk aku dan keluarga aku akan dtg...peluang didepan mata atau diluar sana.....hm...berilah petunjukmu ya Allah....nak merajuk pun x guna gak....huhu
  • Harap dapat mengurangi kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan yang sama....
  • Pengajaran mengenai teman-teman seperjuangan....jgn terlalu percaya atau terlalu berlembut....kadang-kadang terpaksa pentingkan diri sendiri kerana once, kita berlembut terasa org pijak kepala lak....hm...leh ker mcm tuh....aku!...kena keras sikit....huhu
  • Fulus....huahua...duit2 dimana kau duit...cuba cari jln paling sesuai untuk aku dptkan side income...yg tidak perlu memaksa org lain....amin...
  • Kena menabung untuk diri sendiri....sebelum nih habis diperabih untuk org lain..tapi aku redha..rezki tuh bukan untuk aku sorang jer, so kena la bantu membantu...tapi kena gak untuk diri sendiri....hm...so...caiyok...menabung ek....
* edisi akan bersambung kemudian....

Saturday, January 2, 2010

selamat datang 2010....

Dua hari berlalu, tirai 2010 telah terbuka....Semoga kekuatan dan ketabahan diri makin teguh untuk menghadapi ujianMu ya-Allah....jadual harianku pasti akan lebih sibuk lagi dengan bukanya semester baru ini....terdapat pelbagai perkara yang bermain dimindaku....yang pasti segalanya tidak akan datang dengan mudah....aku redha, dan sabar dalam melalui liku-liku kehidupan ini....aku berazam agar kehidupanku akan lebih baik dari sebelumnya.....semoger Allah meretui dan lorongkan aku jalan yang paling baik untuk kerjaya dan kehidupanku didunia dan akhirat.....ya Allah permudahkanlah....amin.....