Sunday, August 1, 2010

Sarapan Minda buat semua....

Mari kita hayati sejenak...kita sebagai manusia sudah pastinya pernah melakukan kesilapan..katakan kita pernah melakukan kesilapan terhadap 10 org..kita telah sedar dan ingin meminta maaf kepada kesemua 10 org itu...dalam banyak 10 org itu ada berapa orgkah yang sanggup memaafkan kita?
mungkin kita bernasib baik ada 7 org drp 10 org yang sanggup memaafkan kita....

Namun dalam 7 org itu ada berapa orgkah yg sanggup melupakan kesilapan kita?..ramai yang mengatakan dia sudah memaafkan kita namun sukar utk melupakannya....katakan kalau kita bernasib baik hanya 3 drp 7 org yg betul2 sanggup melupakan kesilapan kita...

Kemudian dalam 3 org itu adakah mereka sudi memberi hadiah kepada kita? memaafkan+melupakan+memberi hadiah= berapa org drp 3? katakanlah kita masih bernasib baik kerana ada seorang yg sudi memberi hadiah kepada kita :

*memaafkan+melupakan+memberi hadiah= seorang drp 3 org...baiknya dia...

Namun drp seorang yang betul2 baik terhadap kita... drp seorang itu adakah dia boleh menyayangi kita iaitu yang sanggup kesemuanya:

*memaafkan+melupakan+memberi hadiah+menyayangi= berapa org?

Adakah yg seorang itu sudi melakukannya terhadap kita yang telah melakukan kesilapan terhadapnya?????

MUNGKIN TIADA....

Tetapi Allah S.W.T sangat baik terhadap kita manusia...DIA sanggup:

*MEMAAFKAN+MELUPAKAN+MEMBERI HADIAH DAN MENYAYANGI

kita manusia walaupun kita telah melakukan kesilapan terhadapNYA....Dia tidak pernah berdendam terhadap kita..malah Dia sanggup memaafkan setiap kesilapan kita, melupakannya, dan memberi hadiah iaitu memberi kita nikmat dunia dan syurga jika kita betul2 telah bertaubat dan bertakwa kepadanya....bukan itu sahaja..Allah S.W.T juga menyayangi kita tidak seperti org lain kerana Dia sentiasa bersama kita walaupun kita pernah melakukan kesilapan....

*OLEH ITU JANGANLAH KITA LUPA TERHADAP ALLAH S.W.T YANG SANGAT BAIK INI...WALLAHUALAM....